Artikel
Artikel Pilihan Pegawai Anggota Dilarang Cemar Imej Pdrm Di Media Sosial Timbalan Kpn
Marang, 5 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggota polis yang membuat aksi melampau di aplikasi...
Marang, 5 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggota polis yang membuat aksi melampau di aplikasi media sosial.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, tindakan seumpama itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.
"Kalau ada anggota atau pegawai yang berpakaian lucah atau membuat aksi kurang sopan di media sosial termasuk aplikasi Tik Tok, kita akan siasat dan tindakan sewajarnya akan diambil.
"Selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, kita sudah memberi arahan (kepada) mereka ini dilarang mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau PDRM.
"Jadi mereka ada saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau (jika ada rasa) tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.
"Larangan ini memang ada, jadi kalau mereka didapati (berbuat demikian), kita boleh ambil tindakan disiplin," katanya.
Sumber: Harian Metro
