Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pegawai Anggota Diberi Amaran Jangan Dedah Laporan Polis Kpn

Published: 15 Jul 2020 4.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 Julai 2020 - Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau berkongsi laporan siasatan pasukan keselamatan itu kepada umum atau di media sosial kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pegawai-anggota-diberi-amaran-jangan-dedah-laporan-polis-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT

Kuala Lumpur, 15 Julai 2020 - Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak mendedahkan atau berkongsi laporan siasatan pasukan keselamatan itu kepada umum atau di media sosial kerana mereka boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata tindakan mendedahkan laporan polis merupakan satu kesalahan kerana maklumat tersebut diklasifikasikan sebagai sulit dan terhad.

“Banyak laporan polis melibatkan pelbagai kes dikongsi di media sosial sehingga menjadi tular. Sekiranya saya dapat tahu pegawai atau anggota polis berbuat demikian, saya akan terus ambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Sebagai contoh, jika mangsa membuat laporan polis melibatkan jenayah seksual dan mangsa terlibat menceritakan apa terjadi kepadanya, (kemudian) anggota ditugaskan menulis laporan itu mendedahkan melalui WhatsApp sehingga sampai ke pengetahuan pihak media, ia tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan mendedahkan maklumat mangsa atau pengadu boleh memalukan individu tersebut sedangkan laporan polis diklasifikasikan sebagai sulit dan tidak boleh dihebahkan kepada umum.

Menurutnya lagi, jika mana-mana pegawai dan anggota didapati melakukan perbuatan sedemikian, mereka boleh dikenakan tindakan tataterbib termasuk digantung tugas.

Tan Sri Abdul Hamid berkata laporan polis hanya boleh dikongsi oleh pegawai polis yang dipertanggungjawab sahaja untuk rujukan kes tertentu, dan anggota yang tidak terlibat dilarang berbuat demikian.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1860602

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pegawai Anggota Diberi Amaran Jangan Dedah Laporan Polis Kpn
ArticlePublished 15 Jul 2020 4.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM