Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Tubuh Usjkt Kendali Kes Kematian Dalam Tahanan Dan Lokap

Published: 06 Dec 2021 10.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) bagi mengendalikan dan menyiasat kes kematian di dalam tahanan polis pada masa akan datang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tubuh-usjkt-kendali-kes-kematian-dalam-tahanan-dan-lokap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) bagi mengendalikan dan menyiasat kes kematian di dalam tahanan polis pada masa akan datang.

USJKT akan memulakan operasinya bermula 1 Januari ini di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan akan membantu kerajaan dalam meningkatkan integriti dan imej pasukan polis.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, penubuhan unit baharu itu adalah sebagai keprihatinan PDRM terhadap segala rungutan yang sering diluahkan rakyat mengenai insiden kematian dalam tahanan.

"Kita sering menerima rungutan tentang kematian dalam tahanan dan lokap, oleh itu kita sedang merancang untuk penambahbaikan dalam pasukan polis termasuk menangani kes jenayah seksual, cedera dan kematian dalam tahanan.

"Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM saling berbincang serta memutuskan untuk mewujudkan satu lagi unit iaitu USJKT di bawah JIPS," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-tubuh-usjkt-kendali...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 06 Dec 2021 10.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM