Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Tidak Kompromi Anggota Dalangi Sindiket Pengedaran Dadah

Published: 12 May 2026 6.12 AM Updated: 24 Aug 2026 2.41 PM
Kuala Lumpur, 12 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dikesan terlibat dalam aktiviti jenayah, termasuk dakwaan penglibatan dalam sindiket pengedaran dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tidak-kompromi-anggota-dalangi-sindiket-pengedaran-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:58 MYT
Kuala Lumpur, 12 Mei 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dikesan terlibat dalam aktiviti jenayah, termasuk dakwaan penglibatan dalam sindiket pengedaran dadah.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata pihaknya sedia maklum mengenai laporan berhubung rangkaian pengedaran dadah di Pulau Langkawi yang didakwa didalangi oleh seorang anggota polis.

Beliau berkata perkara itu kini berada di bawah siasatan rapi bagi mengenal pasti individu dan kumpulan yang terlibat sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kami masih lagi dalam siasatan. Saya perlu pastikan siapakah individu atau kumpulan yang berkaitan. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia melibatkan pelanggaran keselamatan dan undang-undang negara,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Dialog Khas PDRM kali kelima di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,
 https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2555880id=2555201

Sumber: BERNAMA

May be an image of ‎text that says '‎ال 0 KHALI KHALID ID BERNAMA‎'‎


ArticlePublished 12 May 2026 6.12 AMUpdated 24 Aug 2026 2.41 PM