
Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Tamatkan Kemarau 32 Tahun
Ipoh, 22 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang kejuaraan Ragbi Piala Agong selepas membedil Putraj...
Ipoh, 22 Oktober 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang kejuaraan Ragbi Piala Agong selepas membedil Putrajaya 29-22 di Stadium Ragbi Perak di Ipoh semalam.
Kemenangan itu satu kejayaan luar biasa bagi pasukan yang kali terakhir mendakap trofi berprestij tersebut pada 1991.
"Kita boleh lihat sewaktu perlawanan bagaimana mereka bermain, disiplin dan impian mereka untuk muncul juara edisi kali ini benar-benar bersemangat.
"Akhir kata, saya ingin ucapkan tahniah kepada PDRM akhirnya kemenangan menjadi milik mereka semula selepas 32 tahun. Jelas
ini menunjukan PDRM mempunyai pemain yang terbaik," kata kapten PDRM, K. Dinesvaran.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.