Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Siasat Video Dj Radio Hina Agama Hindu Kpn

Diterbitkan: 04 Mar 2025 12.41 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung insiden kakitangan sebuah stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi rakaman video di media sosial.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-siasat-video-dj-radio-hina-agama-hindu-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:22 MYT

Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung insiden kakitangan sebuah stesen radio milik Astro mempersenda upacara agama lain menerusi rakaman video di media sosial.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan ekoran daripada enam laporan polis yang diterima berhubung isu itu, setakat ini.
Tan Sri Razarudin berkata, salah satu laporan dibuat oleh seorang jurutera berusia 44 tahun yang melihat video itu di Facebook, membabitkan beberapa individu dari stesen radio terbabit yang mempermainkan agama Hindu.

"Pengadu mendakwa beberapa individu dilihat menjerit 'Vel Vel' manakala seorang lagi dilihat menari.

"Beliau membuat laporan polis kerana mendapati kandungan video itu menyentuh sensitiviti perkauman serta mempermainkan agama Hindu," kata kepada media, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-siasat-video-dj...

Sumber: Berita Harian


ArtikelDiterbitkan 04 Mar 2025 12.41 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM