Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Siasat Penipuan Infak Haji Babit Kerugian Rm2 Juta

Diterbitkan: 09 Jun 2025 1.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 9 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis membabitkan seramai 124 jemaah yang disyaki menjadi mangsa penipuan infak haji dengan jumlah kerugian mencecah RM2,006,430.99.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-siasat-penipuan-infak-haji-babit-kerugian-rm2-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:35 MYT
#LetsFightScammerTogether

Kuala Lumpur, 9 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 37 laporan polis membabitkan seramai 124 jemaah yang disyaki menjadi mangsa penipuan infak haji dengan jumlah kerugian mencecah RM2,006,430.99.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, setakat ini sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka dan tiga tangkapan telah dibuat.

“Siasatan menyeluruh dan terperinci sedang dilaksanakan terhadap semua laporan berkaitan kes penipuan infak haji.

“Kita turut bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Lembaga Tabung Haji serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menyemak status sah syarikat-syarikat yang menawarkan pakej sedemikian,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2025 1.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.58 PM