Alor Gajah, 15 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
“Dari segi keselamatan, kita akan membantu sepenuhnya dan sekiranya ada program-program yang perlu untuk pihak polis bersama-sama dengan Kerajaan negeri, kita akan membantu sepenuhnya insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Jamuan Rakyat sempena Program Kerajaan Negeri Melaka bersama PDRM di Masjid Tanah hari ini.
Sumber: BERNAMA
