Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang

Published: 21 Oct 2025 2.15 AM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Kuala Lumpur, 17 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 49 wanita warga Indonesia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam serbuan di 11 lokasi sekitar Klang, pada Jumaat hingga Isnin lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-selamatkan-49-wanita-indonesia-mangsa-pemerdagangan-manusia-di-klang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:22 MYT


Kuala Lumpur, 17 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 49 wanita warga Indonesia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam serbuan di 11 lokasi sekitar Klang, pada Jumaat hingga Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata 14 individu turut ditahan termasuk dalang utama sindiket yang berselindung di sebalik operasi sebuah syarikat agensi pekerjaan asing.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 warga tempatan (lapan lelaki, tiga wanita) dan tiga wanita warga Indonesia berusia antara 27 hingga 47 tahun yang direman sehingga hari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita yang diselamatkan berusia antara 20 hingga 47 tahun dan mereka telah berada di negara ini antara lima bulan hingga 13 tahun.

Katanya polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1.05 juta, 71 pasport Indonesia dan tiga kenderaan.

Datuk M. Kumar berkata modus operandi sindiket adalah memperdaya mangsa dengan tawaran pekerjaan di kilang dan syarikat swasta dengan gaji antara RM2,000 hingga RM3,000.

"Namun sebaik tiba di Malaysia, mangsa dikurung di lima buah rumah yang disediakan sindiket dan dipaksa bekerja sebagai pembantu rumah, pembantu kedai makan dan pekerja salon," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

  https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2480061


Sumber: Bernama

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang

Artikel Pilihan Pdrm Selamatkan 49 Wanita Indonesia Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Klang
ArticlePublished 21 Oct 2025 2.15 AMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM