
Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Sedia Hantar Pasukan Sertai Misi Pengaman Ke Palestin Kpn
Kuala Lumpur, 9 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permi...
Kuala Lumpur, 9 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permintaan berbuat demikian.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun tiada keperluan berbuat demikian kerana situasi di sana masih tegang.
"Sekiranya hendak hantar anggota polis, perlu ada permintaan daripada kerajaan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Jika ada, memang kami akan hantar untuk misi pengaman, namun keadaan tidak mengizinkan buat masa ini," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini, semalam.