Artikel
Artikel Pilihan Pdrm Sedia Bantu Polis Gujarat Buru Bos Besar Dari Malaysia
Kuala Lumpur, 18 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu Polis Gujarat, India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang disyaki terbab...
Kuala Lumpur, 18 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia membantu Polis Gujarat, India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang disyaki terbabit kegiatan pengubahan wang haram membabitkan nilai Rs33 crore (RM18.6 juta) di negara itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya akan memberi kerjasama sewajarnya kepada Polis Gujarat sekiranya bantuan PDRM diperlukan.
"Sekiranya ada permintaan rasmi daripada pihak India, kami akan membantu untuk mengesan lima suspek terbabit.
"Ini kerana kesalahan jenayah walaupun membabitkan warga kita berlaku di negara lain, ia masih satu jenayah yang memerlukan kerjasama antarabangsa," katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Sumber: Berita Harian Online