Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Sahkan Tujuh Kes Kematian Okt Tiada Unsur Jenayah Pengarah Jips

Published: 09 Feb 2022 8.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan setakat ini terdapat tujuh kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) dan siasatan mendapati ia tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-sahkan-tujuh-kes-kematian-okt-tiada-unsur-jenayah-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
 
Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat tujuh kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) melibatkan mangsa enam (6) lelaki berbangsa melayu dan seorang lelaki warganegara Myanmar.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad, berkata daripada tujuh kes dilaporkan itu, empat membabitkan kematian di dalam lokap.
Beliau berkata dua kes pula meninggal dunia di hospital, manakala satu lagi kematian ketika OKT dalam perjalanan ke hospital.

"Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS yang ditubuhkan pada 1 Januari lalu, memberi jaminan setiap kes kematian dalam tahanan atau jagaan PDRM, akan disiasat secara telus tanpa sebarang kompromi.

"USJKT akan memajukan enam kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut sama ada memerlukan inkues atau sebaliknya manakala satu kes telah dituduh di Mahkamah," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Bagi mengatasi masalah itu, Dato’ Azri berkata, PDRM menyarankan klinik bersepadu diwujudkan di setiap lokap bagi memantau tahap kesihatan OKT, namun ia masih pada peringkat cadangan kerana memerlukan kos yang besar.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2050632

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 09 Feb 2022 8.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM