Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Rtp Setuju Perkukuh Kerjasama Banteras Penipuan Pekerjaan Luar Negara

Published: 19 Feb 2023 11.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bangkok, 19 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-rtp-setuju-perkukuh-kerjasama-banteras-penipuan-pekerjaan-luar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Bangkok, 19 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Perkara itu diputuskan selepas perbincangan antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan dan Penolong Ketua Polis Thailand, Leftenan Jeneral Surachate Hakparn di Bangkok pada Jumaat.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Sri Abd Jalil berkata PDRM dan RTP bersetuju berkongsi maklumat dan data bagi mengenalpasti rangkaian jenayah, trend semasa dan modus operandi terkini demi mengelakkan rakyat kedua-dua negara daripada menjadi mangsa penipuan.

“PDRM dan RTP bersetuju supaya maklumat mangsa penipuan pekerjaan disalurkan ke Kementerian Luar dan polis Malaysia,“ katanya kepada Bernama.
Beliau turut menyarankan agar semua badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan semua maklumat yang diperoleh daripada mangsa atau keluarga mereka kepada PDRM atau Kementerian Luar serta pihak kedutaan supaya tindakan segera dapat diambil.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2165808

Sumber: BERNAMA

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

May be an image of 14 people, people standing and text that says '× PERTIWI'

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and indoor

 
ArticlePublished 19 Feb 2023 11.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM