Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Rekod Kutipan Saman Lebih Rm13 Juta Sempena Tawaran Diskaun 100 Hari Akm Timbalan Kpn

Published: 10 Dec 2021 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM13.67 juta daripada 287,500 saman yang dilunaskan orang ramai hingga semalam menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-rekod-kutipan-saman-lebih-rm13-juta-sempena-tawaran-diskaun-100-hari-akm-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:22 MYT
Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM13.67 juta daripada 287,500 saman yang dilunaskan orang ramai hingga semalam menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, kaunter diskaun yang dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merekodkan kutipan RM431,330 daripada 8,943 saman dan portal MyBayar Saman mencatatkan RM3.4 juta daripada 74,312 saman dijelaskan orang ramai.

"Kami terpaksa menutup kaunter PDRM di KLCC pada 4.30 petang tadi dan orang ramai jangan risau kerana mereka boleh terus membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempunyai kaunter trafik serta melalui portal MyBayar Saman yang dibuka 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kaunter PDRM yang dibuka sempena program 100 Hari AKM di KLCC, hari ini.

PDRM menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus bermula 9 hingga 12 Dis ini dengan tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 10 Dec 2021 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM