Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Rancang Wujud Pangkalan Operasi Hadapan Gerakan Udara Tingkat Penugasan Sempadan

Published: 01 Nov 2023 1.15 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kangar, 1 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan pangkalan operasi hadapan bagi mempertingkatkan penugasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) dalam usaha mengatasi jenayah rentas sempadan di negara ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-rancang-wujud-pangkalan-operasi-hadapan-gerakan-udara-tingkat-penugasan-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Kangar, 1 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan pangkalan operasi hadapan bagi mempertingkatkan penugasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) dalam usaha mengatasi jenayah rentas sempadan di negara ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata perancangan itu akan dikemukakan kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan termasuk menempatkan pesawat udara ringan yang baharu bagi kawalan berkenaan.

" … saya dalam proses rancang untuk wujudkan "forward operation base" (pangkalan operasi hadapan) bagi pasukan gerakan udara di Perlis, Kelantan, Johor, kemudian Sabah (dan) Sarawak. Kalau kita ada pangkalan ini di Perlis senang, boleh meliputi Kedah dan Pulau Pinang.

"(Di) Johor boleh rangkum Melaka (dan negeri berdekatan), Sarawak mungkin saya akan letak di Bintulu, Sabah mungkin di Lahad Datu, di Perlis ini saya nak minta Dato' Muhammad (Ketua Polis Perlis baharu) kenal pasti lokasi untuk kita nak letakkan "forward operation base" ini," katanya.

Dato' Sri Hazani berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perlis yang baharu, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Bernama
ArticlePublished 01 Nov 2023 1.15 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM