Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Perlu Lebih Proaktif Tangani Isu Salah Laku Jenayah Pegawai Terlibat Timbalan Kpn

Published: 05 Nov 2024 10.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih proaktif dalam menangani isu salah laku jenayah terutamanya melibatkan anggota dan pegawai polis tanpa menunggu tindakan daripada agensi lain, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-perlu-lebih-proaktif-tangani-isu-salah-laku-jenayah-pegawai-terlibat-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:50 MYT
Seremban, 5 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih proaktif dalam menangani isu salah laku jenayah terutamanya melibatkan anggota dan pegawai polis tanpa menunggu tindakan daripada agensi lain, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata tindakan pantas itu dapat memperkukuh profesionalisme serta akauntabiliti dalam kalangan anggota yang merupakan elemen penting bagi memelihara imej dan kredibiliti PDRM sebagai institusi penguatkuasaan yang berintegriti tinggi.

"Setiap pegawai dan anggota polis perlu bersikap tegas dan jangan bertolak ansur dalam menangani isu membabitkan salah laku termasuk rasuah.

"Tiada istilah besar atau kecil, yang penting kita perlu bertindak dengan lebih proaktif, jangan tunggu (untuk mengambil tindakan), kalau boleh biarlah kita yang menjalankan siasatan daripada awal lagi, tidak perlu sehingga pihak lain yang bertindak sebelum kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Perlu Lebih Proaktif Tangani Isu Salah Laku Jenayah Pegawai Terlibat Timbalan Kpn
ArticlePublished 05 Nov 2024 10.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM