Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Mcmc Bekerjasama Siasat Kumpulan Pengantunan Seksual Kanak Kanak Di Media Sosial

Published: 01 Nov 2024 12.23 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata ia dilaksanakan melalui Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-mcmc-bekerjasama-siasat-kumpulan-pengantunan-seksual-kanak-kanak-di-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
Kuala Lumpur, 1 November 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat kewujudan kumpulan menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di media sosial.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata ia dilaksanakan melalui Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"D11 JSJ akan mendapatkan maklumat dan bantuan daripada MCMC serta pihak Meta berhubung perkara terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, polis mengesahkan menjalankan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak atau 'sexual grooming' di media sosial.

Tan Sri Razarudin dilaporkan berkata hasil semakan MICAC D11 mendapati, hantaran terbabit memaparkan tangkap layar sebuah akaun kumpulan Facebook berkaitan isu terbabit.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Pdrm Mcmc Bekerjasama Siasat Kumpulan Pengantunan Seksual Kanak Kanak Di Media Sosial
ArticlePublished 01 Nov 2024 12.23 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM