Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Mahu Tambah Cic Di Sabah Dan Sarawak

Diterbitkan: 20 Feb 2023 2.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Harian Metro
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-mahu-tambah-cic-di-sabah-dan-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Kuala Lumpur, 20 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan penambahan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) terutama di Sabah dan Sarawak bagi kes-kes jenayah kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hasan berkata, setakat ini, pihak polis mempunyai sebanyak 14 pusat CIC di seluruh negara.
"Penambahan ini diperlukan bagi menangani kes-kes jenayah di Sabah dan Sarawak yang mana keluasan negeri yang besar dan agak jauh dari satu tempat ke tempat lain.
"Buat masa ini, di negeri-negeri terbabit hanya mempunyai satu pusat di setiap negeri," katanya ketika lawatan kerja Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hjh. Nancy Hj. Shukri ke CIC Bahagian Siasatan Seksual dan Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah, di sini, hari ini.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas lawatan berkenaan sekali gus berharap beberapa isu dibincangkan dapat diberi perhatian khusus oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Dato' Sri Abd Jalil berkata, isu pornografi membabitkan kanak-kanak di negara ini tidak membimbangkan, namun perlu dipandang serius oleh semua pihak.
"Kita (PDRM) sentiasa menerima maklumat daripada agensi luar antaranya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Royal Thai Police berkaitan kes-kes pornografi di negara ini selain membabitkan rakyat Malaysia di luar negara," katanya.

Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Pdrm Mahu Tambah Cic Di Sabah Dan Sarawak
ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2023 2.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM