Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Mahu Kongsi Kemahiran Dengan Agensi Penguat Kuasa Lain Kpn

Published: 24 Sep 2024 11.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat berkongsi kepakaran yang dimiliki pasukan itu dengan agensi penguatkuasa lain menerusi pelbagai kursus yang boleh dianjurkan pada masa hadapan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-mahu-kongsi-kemahiran-dengan-agensi-penguat-kuasa-lain-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:11 MYT
Kuala Lumpur, 24 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat berkongsi kepakaran yang dimiliki pasukan itu dengan agensi penguatkuasa lain menerusi pelbagai kursus yang boleh dianjurkan pada masa hadapan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata untuk tujuan itu, pihaknya juga berhasrat untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar di maktab PDRM dengan sekurang-kurangnya mereka memiliki kelulusan peringkat ijazah sarjana muda.
Beliau berkata PDRM menjemput mana-mana agensi untuk mengikuti kursus dalam bidang-bidang yang merupakan kepakaran pihak polis di pusat latihan PDRM seperti simposium yang diadakan hari ini.

“Satu kajian perlu dilakukan supaya tenaga pengajar di maktab-maktab PDRM perlu sekurang-kurangnya memiliki kelulusan ijazah sarjana muda dan ke atas.
“Mereka akan diuruskan kenaikan pangkat secara fleksi contohnya jika masuk sebagai ASP mungkin dua tiga tahun dia akan dapat DSP disebabkan kelulusan dan kepakaran yang dimiliki,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Sains Forensik Kebangsaan Untuk Penguatkuasaan Undang-Undang (NAFSLE) ke-5 2024 di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pdrm Mahu Kongsi Kemahiran Dengan Agensi Penguat Kuasa Lain Kpn
ArticlePublished 24 Sep 2024 11.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM