Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Kutip Saman Rm109 Juta Dalam Empat Hari

Published: 12 Dec 2021 1.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Sebanyak RM109 juta dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun saman trafik yang bermula Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-kutip-saman-rm109-juta-dalam-empat-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Sebanyak RM109 juta dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun saman trafik yang bermula Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi sebanyak 2.3 juta saman trafik diselesaikan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya sedia maklum mengenai kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.

"Sehubungan itu saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim untuk melihat keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Ini adalah bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak," katanya pada sidang media program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-kutip-saman-rm109...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 12 Dec 2021 1.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM