Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Hantar Pegawai Ke Thailand Siasat Dakwaan Rakyat Malaysia Mahu Seludup M4 Peluru Ke Malaysia

Diterbitkan: 02 Sep 2025 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Langkah itu adalah bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat mengenai tujuan utama suspek lelaki berusia 46 tahun itu yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-hantar-pegawai-ke-thailand-siasat-dakwaan-rakyat-malaysia-mahu-seludup-m4-peluru-ke-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:09 MYT
Hulu Selangor, 2 September 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawai ke Thailand, bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia kerana memiliki senjata api dan ratusan peluru di Sadao, Thailand, Sabtu lalu.

Langkah itu adalah bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat mengenai tujuan utama suspek lelaki berusia 46 tahun itu yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, PDRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand, dalam mendalami segala modus operandi suspek terbabit yang kini berada dalam tahanan polis di negara jiran itu.

"Setakat ini berdasarkan maklumat yang diperoleh, suspek yang ditahan adalah seorang dan berdasarkan maklumat dari sana (Polis Thailand) suspek akan membawa senjata api dan peluru itu ke Malaysia.

"Justeru pihak kita (PDRM) sedang mengesan tujuan sebenar suspek, modus operandi dan melihat sekiranya ada carta organisasi (kumpulan jenayah) membabitkan suspek).
"Apa yang boleh saya jelaskan setakat ini, kita masih lagi mendalaminya," katanya di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pdrm-hantar-pegawai-ke...


Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. - Foto BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2025 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM