
Article
Artikel Pilihan Pdrm Hantar Pegawai Ke Thailand Siasat Dakwaan Rakyat Malaysia Mahu Seludup M4 Peluru Ke Malaysia
Langkah itu adalah bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat mengenai tujuan utama suspek lelaki berusia 46 tahun itu yang ditahan dalam satu sekatan jalan r...
Hulu Selangor, 2 September 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawai ke Thailand, bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia kerana memiliki senjata api dan ratusan peluru di Sadao, Thailand, Sabtu lalu.
Langkah itu adalah bagi membolehkan polis mendapatkan maklumat mengenai tujuan utama suspek lelaki berusia 46 tahun itu yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, PDRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand, dalam mendalami segala modus operandi suspek terbabit yang kini berada dalam tahanan polis di negara jiran itu.
"Setakat ini berdasarkan maklumat yang diperoleh, suspek yang ditahan adalah seorang dan berdasarkan maklumat dari sana (Polis Thailand) suspek akan membawa senjata api dan peluru itu ke Malaysia.
"Justeru pihak kita (PDRM) sedang mengesan tujuan sebenar suspek, modus operandi dan melihat sekiranya ada carta organisasi (kumpulan jenayah) membabitkan suspek).
"Apa yang boleh saya jelaskan setakat ini, kita masih lagi mendalaminya," katanya di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian