Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pdrm Gerakkan 144 Aset 750 Anggota Bantu Lima Negeri Terjejas Banjir Timbalan Kpn

Published: 29 Dec 2023 2.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 29 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan 750 anggota dan 144 aset bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas dengan banjir, setakat semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-gerakkan-144-aset-750-anggota-bantu-lima-negeri-terjejas-banjir-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Kuala Lumpur, 29 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan 750 anggota dan 144 aset bagi membantu operasi di lima negeri yang terjejas dengan banjir, setakat semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata daripada 144 aset yang digerakkan itu, 47 daripadanya adalah bot, 32 lori, 59 kenderaan pacuan empat roda serta enam ambulans dan van.

Lima negeri berkenaan adalah Terengganu, Kelantan, Johor, Pahang dan Sabah.
"Setakat ini semua aset berkenaan berada dalam keadaan baik, tidak ditenggelami banjir," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Artikel Pilihan Pdrm Gerakkan 144 Aset 750 Anggota Bantu Lima Negeri Terjejas Banjir Timbalan Kpn
ArticlePublished 29 Dec 2023 2.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM