
Article
Artikel Pilihan Pasukan Pelayaran Pdrm Menyengat Di Langkawi
Kejohanan yang berlangsung meriah anjuran Persatuan Pelayaran Kedah (KSA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah...
Langkawi, 14 Februari 2022 - Pasukan pelayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya melalui pasukan pelayarannya menyertai Kejohanan LADA Langkawi International Regatta Perdana Kali Ke-18 2022 di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan (MSN), Langkawi, Kedah di sini.
Kejohanan yang berlangsung meriah anjuran Persatuan Pelayaran Kedah (KSA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) itu berlangsung dari 9 Februari serta berakhir semalam.
Pasukan pelayaran polis di bawah naungan Pasukan Sukan Air PDRM itu menghantar tiga wakil melalui dua kategori iaitu bagi acara perseorangan (Laser) dan berpasangan (International 470).
Bagi kategori perseorangan, pasukan pelayaran PDRM mempertaruhkan Inspektor Mohd. Romzi Muhamad yang juga merupakan bekas atlet kebangsaan sukan tersebut.
Manakala bagi acara berpasangan, PDRM menghantar Lans Koperal Mohammed
Hanafi Nazaruddin dan Lans Koperal Sokongan Mohammad Izzad Samdin.
Hanafi Nazaruddin dan Lans Koperal Sokongan Mohammad Izzad Samdin.
Istimewanya, Inspektor Mohd Romzi mendapat tempat ke-3 keseluruhan bagi kategori yang ditandinginya iaitu Laser.
“Kejohanan kali ini akan menjadi penanda aras terhadap prestasi pasukan pelayaran PDRM dan sebagai pemangkin semangat serta persediaan dalam menghadapi kejohanan-kejohanan mendatang," kata pengurus pasukan pelayaran PDRM, ASP Dzulkanaen Hardy Abdul Rahman, di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.utusan.com.my/.../pasukan-pelayaran-pdrm.../