
Artikel Pilihan Pasukan Mpv Dan Urb Pdrm Paling Dekat Dengan Rakyat
Kuala Lumpur, 6 April 2024 - Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) antara petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada paling dekat dengan rakyat.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mereka ditugaskan menerusi elemen pencegahan jenayah bagi tempoh 24 jam tanpa henti demi kesejahteraan awam.
Menurutnya, bagi mencapai visi sebagai elemen pencegahan jenayah utama negara, pihaknya menetapkan misi pasukan untuk mencegah jenayah secara holistik ke arah mewujudkan komuniti sejahtera.
"JPJKK juga dipertanggungjawabkan sebagai jabatan yang boleh diharapkan untuk mengurus perlakuan jenayah ataupun menghapuskan gejala jenayah dan menjaga keselamatan serta memberi kesedaran kepada komuniti melalui ceramah, seminar, "walkabout", pameran, "town hall" dan sebagainya.
"Sepanjang pemantauan berjalan, anggota dan pegawai JPJKK juga akan dipantau pergerakan dan tugasan mereka supaya dapat menjalankan kerja dengan baik dan berkualiti," katanya kepada Harian Metro.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077789/pasukan-mpv-urb-pdrm-paling-dekat-dengan-rakyat