Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Papagomo Ditahan Disyaki Keluarkan Kenyataan Aibkan Agong

Published: 30 Apr 2024 12.40 PM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kuala Lumpur, 30 April 2024 - Polis menahan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, hari ini, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-papagomo-ditahan-disyaki-keluarkan-kenyataan-aibkan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:04 MYT
Kuala Lumpur, 30 April 2024 - Polis menahan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, hari ini, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan Wan Muhammad Azri didakwa mempersoalkan tindakan YDPA bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.

Hantaran video itu turut dikatakan mendakwa bahawa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, 45, dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata penahanan itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1241018/papagomo-ditahan-disyaki-keluarkan-kenyataan-aibkan-agong
ArticlePublished 30 Apr 2024 12.40 PMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM