Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pandu Secara Melulu Dan Berbahaya Kesalahan Tertinggi Sepanjang Deepavali Pengarah Jspt

Diterbitkan: 05 Nov 2024 8.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, sebanyak 6,013 kes kemalangan dengan 60 kematian direkodkan sepanjang sambutan Deepavali selama empat hari bermula 31 Oktober lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pandu-secara-melulu-dan-berbahaya-kesalahan-tertinggi-sepanjang-deepavali-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT
Kuala Lumpur, 5 November 2024 - Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, sebanyak 6,013 kes kemalangan dengan 60 kematian direkodkan sepanjang sambutan Deepavali selama empat hari bermula 31 Oktober lepas.

"JSPT telah melaksanakan 388 operasi di seluruh negara dan menahan 97 individu atas pelbagai kesalahan serta menyita 647 kenderaan.

"91 tangkapan telah dibuat membabitkan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, diikuti kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (3), Kanun Keseksaan (2) dan lain-lain (1)," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JSPT di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pandu Secara Melulu Dan Berbahaya Kesalahan Tertinggi Sepanjang Deepavali Pengarah Jspt
ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2024 8.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM