Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Orang Ramai Boleh Sertai Lambaian Kasih Agong Esok

Published: 29 Jan 2024 6.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-orang-ramai-boleh-sertai-lambaian-kasih-agong-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:23 MYT
Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.

Beliau berkata orang ramai boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukit Aman, Padang Merbok dan tempat letak kenderaan di Dataran Merdeka.

“Laluan Jalan Parlimen ke Bulatan Dato Onn akan ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi untuk pergerakan masuk pas pelambai sebanyak 3,650 orang yang terdiri daripada petugas pelbagai kementerian.

"Orang awam yang ingin bersama-sama ke acara berkenaan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis dan tidak menghalang laluan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2266494
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 29 Jan 2024 6.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM