
Artikel
Artikel Pilihan Orang Ramai Boleh Sertai Lambaian Kasih Agong Esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mu...
Kuala Lumpur, 29 Januari 2024 - Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.
“Laluan Jalan Parlimen ke Bulatan Dato Onn akan ditutup sepenuhnya seawal 6 pagi untuk pergerakan masuk pas pelambai sebanyak 3,650 orang yang terdiri daripada petugas pelbagai kementerian.
"Orang awam yang ingin bersama-sama ke acara berkenaan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis dan tidak menghalang laluan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2266494
Sumber: BERNAMA