Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Operator Kilang Ditahan Hina Agong

Published: 22 Jun 2020 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kulim, 22 Jun 2020 - Seorang operator kilang ditahan kerana mengeluarkan perkataan jelek terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman Facebook.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-operator-kilang-ditahan-hina-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:52 MYT

Kulim, 22 Jun 2020 - Seorang operator kilang ditahan kerana mengeluarkan perkataan jelek terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Azhar Hashim, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan malam tadi sewaktu dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk memberi keterangan.

Terdahulu, suspek memuat naik status berkenaan menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama Mohd Syamir Sam.

Suspek kemudiannya diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim dan penahanan dilakukan selepas itu, kata DSP Azhar.

Ketika ditahan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo R9s dan sekeping kad SIM.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sumber: Astro Awani

Artikel Pilihan Operator Kilang Ditahan Hina Agong
ArticlePublished 22 Jun 2020 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM