Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Operasi Pkpp Pdrm Tidak Pilih Kasih Dalam Tindakan

Published: 06 Oct 2020 8.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan semua kes berprofil tinggi membabitkan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-operasi-pkpp-pdrm-tidak-pilih-kasih-dalam-tindakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:24 MYT

#PKPP #COVID-19

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi jaminan semua kes berprofil tinggi membabitkan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Sehubungan itu beliau menegaskan tidak timbul isu kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengamalkan sikap pilih kasih dalam operasi penguatkuasaan bagi menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar.

"PDRM sedia maklum mengenai bahayanya penularan COVID-19 dan sentiasa berusaha menguatkuasakan segala perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

"Tidak timbul isu polis memilih 'bulu' dalam penguatkuasaannya sebagaimana terbukti menerusi statistik ribuan kes tangkapan dan kompaun dikeluarkan setakat ini.

"Kes-kes berprofil tinggi turut disiasat," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/ingkar-pkpp-pdrm-tidak-pilih-k…

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Artikel Pilihan Operasi Pkpp Pdrm Tidak Pilih Kasih Dalam Tindakan
ArticlePublished 06 Oct 2020 8.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM