Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Operasi Khas Pdrm Bakal Dibukukan Untuk Panduan Pegawai Anggota Baharu

Published: 10 Jun 2025 7.19 AM Updated: 15 Aug 2026 7.58 PM
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menghasilkan buku mengenai operasi-operasi khas terdahulu yang dijalankan pegawai dan anggota veteran untuk dijadikan panduan kepada anggota dan pegawai muda.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-operasi-khas-pdrm-bakal-dibukukan-untuk-panduan-pegawai-anggota-baharu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:01 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menghasilkan buku mengenai operasi-operasi khas terdahulu yang dijalankan pegawai dan anggota veteran untuk dijadikan panduan kepada anggota dan pegawai muda.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, buku yang bakal menyimpan maklumat berkaitan operasi-operasi khas PDRM itu dilihat dapat membantu pegawai muda agar tidak melakukan kesilapan berulang.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha berkenaan, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan pandangan ahli-ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia yang pernah terlibat dalam operasi-operasi khas.

"Dalam Cawangan Khas sendiri memang kita ada bukukan operasi-operasi khas yang dibuat sebelum ini.

“Seperti Jabatan Siasatan Jenayah, saya rasa banyak operasi perlu dibukukan kepada pegawai dan anggota baru sebagai panduan yang boleh digunakan dalam operasi.
"Ini kerana pengalaman dan maklumat yang ada pada pegawai polis lama terlalu banyak. Akan ada operasi yang sama mungkin ada kesalahan yang sama dan tidak harus diulangi oleh pegawai baru," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

Operasi khas PDRM bakal dibukukan untuk panduan pegawai, anggota baharu | Berita Harian


ArticlePublished 10 Jun 2025 7.19 AMUpdated 15 Aug 2026 7.58 PM