Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

ARTIKEL PILIHAN: OPERASI KHAS PDRM BAKAL DIBUKUKAN UNTUK PANDUAN PEGAWAI, ANGGOTA BAHARU

Diterbitkan: 11 Jun 2025 7.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menghasilkan buku mengenai operasi-operasi khas terdahulu yang dijalankan pegawai dan anggota veteran untuk dijadikan panduan kepada anggota dan pegawai muda.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-operasi-khas-pdrm-bakal-dibukukan-untuk-panduan-pegawai-anggota-baharu-20250611
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menghasilkan buku mengenai operasi-operasi khas terdahulu yang dijalankan pegawai dan anggota veteran untuk dijadikan panduan kepada anggota dan pegawai muda.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, buku yang bakal menyimpan maklumat berkaitan operasi-operasi khas PDRM itu dilihat dapat membantu pegawai muda agar tidak melakukan kesilapan berulang.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha berkenaan, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan pandangan ahli-ahli Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia yang pernah terlibat dalam operasi-operasi khas.

"Dalam Cawangan Khas sendiri memang kita ada bukukan operasi-operasi khas yang dibuat sebelum ini.

“Seperti Jabatan Siasatan Jenayah, saya rasa banyak operasi perlu dibukukan kepada pegawai dan anggota baru sebagai panduan yang boleh digunakan dalam operasi.
"Ini kerana pengalaman dan maklumat yang ada pada pegawai polis lama terlalu banyak. Akan ada operasi yang sama mungkin ada kesalahan yang sama dan tidak harus diulangi oleh pegawai baru," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

Operasi khas PDRM bakal dibukukan untuk panduan pegawai, anggota baharu | Berita Harian


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2025 7.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM