Artikel
Artikel Pilihan Operasi Balai Polis Berjalan Seperti Biasa Walaupun Pintu Pagar Ditutup Kpn
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024 - Penutupan pintu pagar balai polis di seluruh negara selepas jam 10.00 malam tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan...
Kuala Lumpur, 9 Julai 2024 - Penutupan pintu pagar balai polis di seluruh negara selepas jam 10.00 malam tidak akan menjejaskan proses penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat apabila ia dilaksanakan.
Arahan itu akan dilaksanakan selepas prosedur operasi standard (SOP) mengenainya disiapkan oleh Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata pelaksanaan arahan berkenaan pada masa ini tertumpu di balai-balai yang hanya mempunyai kekuatan penugasan dua anggota pada waktu malam.
"Pada masa ini, pelaksanaan arahan itu adalah membabitkan balai polis yang mempunyai penugasan dua anggota. Seorang anggota bertugas sebagai prowler (balai pengawal), manakala seorang lagi bertugas di bahagian inkuiri (kaunter laporan polis).
"Secara amnya, penugasan dua anggota ini wujud di balai polis di kawasan terpencil dan luar bandar, namun ia juga turut merisikokan keselamatan anggota yang terbabit terhadap sebarang ancaman seperti yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram," katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian
