Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

ARTIKEL PILIHAN: OP SELAMAT 24 BERMULA 29 MAC, HAMPIR 7,000 PEGAWAI DAN ANGGOTA TERLIBAT

Diterbitkan: 24 Mar 2025 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 23 Mac 2025 - Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-24-bermula-29-mac-hampir-7-000-pegawai-dan-anggota-terlibat-20250324
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:05 MYT
Kuala Lumpur, 23 Mac 2025 - Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata jumlah berkenaan melibatkan 871 pegawai dan 6,086 anggota.

Beliau berkata 25 lokasi “hotspot” atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi “blackspot” yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti dan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memberi bantuan kepada pengguna sekiranya menghadapi kerosakan kenderaan atau kecemasan yang memerlukan perhatian segera.

“JSPT juga telah mengenal pasti 407 lokasi panas dan 76 lokasi hitam melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran di seluruh negara bagi memastikan semua pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan terbabit dengan selamat dan selesa,” katanya pada sidang media selepas Program Advokasi Op Selamat 24 Sempena Aidilfitri di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

ARTIKEL PILIHAN: OP SELAMAT 24 BERMULA 29 MAC, HAMPIR 7,000 PEGAWAI DAN ANGGOTA TERLIBAT


ArtikelDiterbitkan 24 Mar 2025 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM