Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pada 8 Hingga 13 April Kpn

Published: 05 Apr 2024 11.01 AM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-selamat-22-sempena-hari-raya-aidilfitri-2024-pada-8-hingga-13-april-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:30 MYT
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Tan Sri Razarudin berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama penuh daripada masyarakat bagi memastikan, sasaran operasi berkenaan dapat dicapai selain memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan rasa selamat dan sejahtera.

"Kepada yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman ataupun bercuti semasa tempoh perayaan ini saya menasihatkan rancanglah perjalanan anda serta tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika memandu di jalan raya.

"Semoga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna bersama insan tersayang, sayangi diri dan keluarga anda dan jauhi kemalangan,” katanya semasa melancarkan Op Selamat 22 Hari Raya Aidilfitri secara maya yang disiarkan di laman sosial PDRM pada Jumaat.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../op-selamat-22-sempena...

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 05 Apr 2024 11.01 AMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM