Artikel
Artikel Pilihan Op Selamat 22 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 Pada 8 Hingga 13 April Kpn
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema R...
Kuala Lumpur, 5 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
"Kepada yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman ataupun bercuti semasa tempoh perayaan ini saya menasihatkan rancanglah perjalanan anda serta tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika memandu di jalan raya.
"Semoga kita semua dapat meraikan lebaran ini dengan penuh bermakna bersama insan tersayang, sayangi diri dan keluarga anda dan jauhi kemalangan,” katanya semasa melancarkan Op Selamat 22 Hari Raya Aidilfitri secara maya yang disiarkan di laman sosial PDRM pada Jumaat.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../op-selamat-22-sempena...
Sumber: Sinar Harian