
Artikel
Artikel Pilihan Op Pedo Pekerja Kilang Mengaku Salah Miliki Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak Video Lucah
Kuala Berang, 30 Disember 2024 - Seorang pekerja kilang ais mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaa...
Kuala Berang, 30 Disember 2024 - Seorang pekerja kilang ais mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan video lucah, minggu lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pegawai Pendakwa, ASP Tuan Norhasnida Tuan Nordin menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon rayuan rendah atas faktor kewangan selain menanggung seorang isteri.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,