Article
Artikel Pilihan Op Pedo Pdrm Skmm Pergiat Usaha Kesan Individu Miliki Edar Bahan Lucah Dan Csam Kpn 20241226
Kuala Lumpur, 25 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mempergiatkan usaha mereka untuk m...
Kuala Lumpur, 25 Disember 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mempergiatkan usaha mereka untuk menjejak individu yang memiliki, menyimpan dan mengedar bahan lucah serta bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).
"Kita bekerjasama dengan SKMM bagi mengesan dan mendapatkan maklumat berkaitan, PDRM juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat penglibatan sindiket dalam kegiatan berkenaan atau dilakukan secara individu.
“Individu lain yang terlibat dalam kegiatan ini juga sedang dikesan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini juga boleh menyalurkannya kepada PDRM bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Tan Sri Razarudin dalam kenyataannya berkata seorang warga emas antara 13 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan CSAM dalam Op Pedo Isnin lepas.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
