Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Pedo Jurutera Didenda Rm6 000 Miliki Video Pornografi Kanak Kanak Bahan Lucah

Diterbitkan: 27 Dec 2024 1.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Balik Pulau, 27 Disember 20024 - Seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah dua pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak selepas ditahan pihak berkuasa, Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-pedo-jurutera-didenda-rm6-000-miliki-video-pornografi-kanak-kanak-bahan-lucah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:53 MYT
Balik Pulau, 27 Disember 20024 - Seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah dua pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak selepas ditahan pihak berkuasa, Isnin lalu.

Majistret Chia Huey Ting turut memerintahkan Koay Lian San, 45, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

"Setelah mengambil kira pengakuan bersalah dan fakta kes, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama dan denda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan kedua.

"Semua barangan yang dirampas dalam kes ini akan dilupuskan selepas proses rayuan selesai," katanya pada prosiding tersebut.

Media pada Selasa lalu melaporkan seorang jurutera ditahan dalam serbuan Op Pedo Bersepadu Polis Diraja Malaysia - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di kediaman tiga tingkat yang terletak dalam kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../jurutera-didenda-rm6000...

Sumber: Berita Harian

Jurutera didenda RM6,000 miliki video pornografi kanak-kanak, bahan lucah | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 27 Dec 2024 1.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM