Artikel Pilihan Op Libero Purus Khusus Kesan Penjawat Awam Terbabit Dadah
Kuala Lumpur, 6 Januari 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Operasi Libero Purus (Op Libero Purus) khusus untuk menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam.
Pengarah JSJN, Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada semua ketua jabatan di setiap agensi kerajaan berhubung operasi itu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menerusi surat itu, beliau meminta semua ketua jabatan menyalurkan maklumat nama kakitangan yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.
Bacaan lanjut di https://www.bharian.com.my/…/ops-libero-purus-khusus-kesan-…
