Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Global Kanak Kanak Gisbh Hanya Selesa Dalam Kalangan Jemaah Pengarah Jsj

Diterbitkan: 14 Dec 2024 10.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 14 Disember 2024 - Operasi OP Global yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes GISB Holdings (GISBH) boleh dikatakan kes yang agak mencabar bagi pasukan sang saka biru bagi tahun 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-global-kanak-kanak-gisbh-hanya-selesa-dalam-kalangan-jemaah-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:29 MYT
Kuala Lumpur, 14 Disember 2024 - Operasi OP Global yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes GISB Holdings (GISBH) boleh dikatakan kes yang agak mencabar bagi pasukan sang saka biru bagi tahun 2024.

Menceritakan pengalaman sepanjangan pengendalian kes berkenaan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, wujud tanda tanya melibatkan kanak-kanak yang diselamatkan dalam operasi berkenaan.

Sepanjang proses menyelamat, hampir kesemua kanak-kanak mula menunjukkan ketakutan yang amat sangat dalam kalangan anggota polis.

Bagaimanapun keselesaan mereka mula menyerlah sebaik sahaja mula bersama dalam kalangan jemaah GISB.

“Anak-anak kecil perempuan khususnya, agak gentar dengan kehadiran pihak polis dan itu agak mengejutkan kita kenapa ada ketakutan yang amat sangat.

“Apabila didatangi lelaki dari jemaah mereka (GISB) walaupun bukan muhrim, mereka mula selesa dan tak tunjuk ketakutan seperti mana yang dipamerkan terhadap anggota polis,” katanya ketika sesi podcast khas Buletin TV3 hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Buletin TV3

Artikel Pilihan Op Global Kanak Kanak Gisbh Hanya Selesa Dalam Kalangan Jemaah Pengarah Jsj
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2024 10.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM