Article
Artikel Pilihan Op Global Kanak Kanak Gisbh Hanya Selesa Dalam Kalangan Jemaah Pengarah Jsj
Kuala Lumpur, 14 Disember 2024 - Operasi OP Global yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes GISB Holdings (GISBH) boleh dikatakan kes yang a...
Kuala Lumpur, 14 Disember 2024 - Operasi OP Global yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes GISB Holdings (GISBH) boleh dikatakan kes yang agak mencabar bagi pasukan sang saka biru bagi tahun 2024.
Sepanjang proses menyelamat, hampir kesemua kanak-kanak mula menunjukkan ketakutan yang amat sangat dalam kalangan anggota polis.
Bagaimanapun keselesaan mereka mula menyerlah sebaik sahaja mula bersama dalam kalangan jemaah GISB.
“Anak-anak kecil perempuan khususnya, agak gentar dengan kehadiran pihak polis dan itu agak mengejutkan kita kenapa ada ketakutan yang amat sangat.
“Apabila didatangi lelaki dari jemaah mereka (GISB) walaupun bukan muhrim, mereka mula selesa dan tak tunjuk ketakutan seperti mana yang dipamerkan terhadap anggota polis,” katanya ketika sesi podcast khas Buletin TV3 hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Buletin TV3
