Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Global 171 Individu Ditahan Reman Seminggu Bantu Siasatan

Diterbitkan: 12 Sep 2024 11.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.26 AM
Kuala Lumpur, 12 September 2024 - Semua 171 individu yang ditahan dalam Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal di dua negeri berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-global-171-individu-ditahan-reman-seminggu-bantu-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:32 MYT
Kuala Lumpur, 12 September 2024 - Semua 171 individu yang ditahan dalam Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal di dua negeri berkenaan.

Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi melengkapi siasatan serta tindakan susulan ke atas semua mangsa terbabit.

"Kita perlu teruskan siasatan bagi melihat apa lagi tindakan yang boleh diambil, terutamanya dari segi pendidikan. Kita tahu bahawa yang berumur sepatutnya bersekolah, tapi ini tidak ke sekolah dan dia ada pendidikannya sendiri.

"Kita mungkin akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan juga. Apabila dia buka rumah amal ini, kononnya untuk anak yatim, kita juga nak melihat adakah rumah amal ini didaftarkan.

"Itu semua siasatan kita. Daripada situ juga mungkin ada kesalahan-kesalahan lain yang kita boleh lihat lagi, akan ada saksi-saksi yang akan tampil," katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata pada masa ini, semua premis yang diserbu semalam ditutup buat sementara waktu dan berkemungkinan akan diambil tindakan sita.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-global-171-individu...

ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2024 11.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.26 AM