Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Op Cyber Guardian Empat Ditahan Miliki Lebih 50 000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak Timbalan Kpn

Published: 04 Apr 2025 1.14 PM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kuala Lumpur, 4 April 2025 - Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac lepas di beberapa lokasi di Selangor dan Pulau Pinang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-cyber-guardian-empat-ditahan-miliki-lebih-50-000-bahan-penganiayaan-seksual-kanak-kanak-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:09 MYT
Kuala Lumpur, 4 April 2025 - Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac lepas di beberapa lokasi di Selangor dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi berkenaan dijalankan secara bersepadu dengan pihak berkuasa beberapa negara termasuk Jepun, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.
“Di Malaysia, operasi dilakukan di Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya serta Shah Alam di Selangor dengan empat tangkapan dilakukan termasuk melibatkan seorang penjawat awam, manakala di Pulau Pinang di kawasan Timur Laut.

“Operasi melibatkan 46 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta bantuan teknikal Unit Anjing Pengesan K9 PDRM bagi tujuan mengesan peranti elektronik.

Beliau berkata individu ditahan berusia lingkungan 26 hingga 49 tahun dan mereka bekerja sebagai akauntan, pereka web dan ‘protege’ di sebuah syarikat telekomunikasi.
“Kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang berkuat kuasa,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber berita: BERNAMA dan PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 04 Apr 2025 1.14 PMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM