Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Bantu Polis Trafik Bantu Pengayuh Beca

Diterbitkan: 25 Jul 2021 7.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 25 Julai 2021 - Kesibukan menjalankan tugas hakiki sebagai pasukan keselamatan, tidak menghalang Polis Terengganu turun padang menyantuni 20 pengayuh beca di sekitar bandaraya ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-bantu-polis-trafik-bantu-pengayuh-beca
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:18 MYT
Kuala Terengganu, 25 Julai 2021 - Kesibukan menjalankan tugas hakiki sebagai pasukan keselamatan, tidak menghalang Polis Terengganu turun padang menyantuni 20 pengayuh beca di sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, berkata sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur itu adalah hasil kutipan yang dikumpul daripada elaun COVID-19 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.

Beliau berkata, golongan pengayuh beca antara yang terkesan teruk kerana pandemik COVID-19 berikutan aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak beroperasi.

"Pihak JSPT yang tanpa jemu menjalankan rondaan lalu lintas jalan raya sering melihat golongan pengayuh beca yang majoritinya terdiri daripada golongan warga emas.

"Melihat keadaan itu, anggota rasa terpanggil untuk bantu dan ini satu sikap yang terpuji kerana sanggup mengorbankan elaun mereka untuk disumbangkan kepada pengayuh beca.

"Saya berasa bangga dengan semangat dan sikap yang ada pada mereka serta berharap ia menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk turut mengambil bahagian dan cakna kepada kesusahan orang di sekeliling kita," katanya.

ArtikelDiterbitkan 25 Jul 2021 7.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM