Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Op Ambang Tahun Baharu Jspt Laksana 137 Operasi Keluar 6 297 Saman Trafik

Diterbitkan: 04 Jan 2024 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 - Sebanyak 6,297 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi 137 operasi dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negara pada Ahad dan Isnin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-op-ambang-tahun-baharu-jspt-laksana-137-operasi-keluar-6-297-saman-trafik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 - Sebanyak 6,297 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi 137 operasi dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh negara pada Ahad dan Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,788 saman dikeluarkan bagi kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan dan 1,422 saman tiada lesen memandu.

"Dua kesalahan itu paling tinggi dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya, dalam operasi sama sebanyak 366 buah kenderaan telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Seramai 84 tangkapan telah dibuat dengan 52 tangkapan di bawah akta saman, lapan individu ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 24 warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen 1959," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Op Ambang Tahun Baharu Jspt Laksana 137 Operasi Keluar 6 297 Saman Trafik
ArtikelDiterbitkan 04 Jan 2024 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM