Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Obk Obk Rekod Nilai Rampasan Rm40 282 Juta

Published: 07 Oct 2023 1.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ipoh, 7 Oktober 2023 - Nilai rampasan direkodkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan pemburuan hidupan liar secara haram sepanjang Januari hingga September lalu, berkurangan sehingga 53 peratus berbanding tempoh sama 2022.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-obk-obk-rekod-nilai-rampasan-rm40-282-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:45 MYT
Ipoh, 7 Oktober 2023 - Nilai rampasan direkodkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan pemburuan hidupan liar secara haram sepanjang Januari hingga September lalu, berkurangan sehingga 53 peratus berbanding tempoh sama 2022.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, nilai rampasan barang kes OBK tahun ini berjumlah RM40.282 juta, turun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan antara Januari hingga September tahun lalu.

Bagi tahun ini, bilangan kes yang dicatatkan adalah 192 berbanding 206 kes bagi tempoh sama tahun lalu dengan tangkapan dibuat membabitkan 175 individu tahun ini berbanding 243 individu pada tempoh sama tahun lalu.

Antara hidupan liar dirampas dalam operasi sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini meliputi burung helang, burung nuri, murai batu, gading gajah, burung Macau, rusa, kijang, harimau, kucing batu, ular sawa, babi hutan, burung bayan nuri dan serindit, selain hasil hutan berupa kayu gaharu.

"Penurunan itu diharap menimbulkan kesedaran masyarakat berkaitan aktiviti pemburuan haram hidupan liar dan khazanah alam. Sepanjang OBK yang sudah menjangkau hampir lima tahun, banyak kejayaan yang sudah kita garapkan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Obk Obk Rekod Nilai Rampasan Rm40 282 Juta
ArticlePublished 07 Oct 2023 1.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM