Artikel
Artikel Pilihan Obk Obk Rekod Nilai Rampasan Rm40 282 Juta
Ipoh, 7 Oktober 2023 - Nilai rampasan direkodkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan pemburuan hidupan liar se...
Ipoh, 7 Oktober 2023 - Nilai rampasan direkodkan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan pemburuan hidupan liar secara haram sepanjang Januari hingga September lalu, berkurangan sehingga 53 peratus berbanding tempoh sama 2022.
Bagi tahun ini, bilangan kes yang dicatatkan adalah 192 berbanding 206 kes bagi tempoh sama tahun lalu dengan tangkapan dibuat membabitkan 175 individu tahun ini berbanding 243 individu pada tempoh sama tahun lalu.
Antara hidupan liar dirampas dalam operasi sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini meliputi burung helang, burung nuri, murai batu, gading gajah, burung Macau, rusa, kijang, harimau, kucing batu, ular sawa, babi hutan, burung bayan nuri dan serindit, selain hasil hutan berupa kayu gaharu.
"Penurunan itu diharap menimbulkan kesedaran masyarakat berkaitan aktiviti pemburuan haram hidupan liar dan khazanah alam. Sepanjang OBK yang sudah menjangkau hampir lima tahun, banyak kejayaan yang sudah kita garapkan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

