Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Nissan Skyline R32 Menyerupai Kenderaan Polis Dirampas

Published: 03 Jul 2022 10.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-nissan-skyline-r32-menyerupai-kenderaan-polis-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:45 MYT
Sepang, 3 Julai 2022 - Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.

Sumber: BERNAMA

May be an image of 3 people, car and text that says 'JENAYAH 3 BERNAMA Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis dirampas VABLIS POLIS bernamadotcom f

May be an image of 1 person, car and outdoors



ArticlePublished 03 Jul 2022 10.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM